Sabtu, 1 Mac 2014

UNTUK ANAK KITA



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya #silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Selasa, 26 November 2013

KENAPA AKU DIUJI..

KENAPA MESTI AKU YANG DIUJI ? KENAPA BUKAN ORANG LAIN ?! SEDANGKAN MEREKA BERBAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN MEREKA . INI TIDAK ADIL ! KENAPA AKU ? 




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

AKU TIDAK MAMPU YA ALLAH ! UJIANMU TERLALU BESAR TERLALU BERAT , AKU TAK MAMPU MEMIKUL BEBANNYA

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
TETAPI BAGAIMANA YA ALLAH ? MACAM MANA AKU NAK HADAPINYA ? AKU SUDAH BERUSAHA PELBAGAI CARA UNTUK MENGHADAPINYA TAPI AKU GAGAL YA ALLAH . 
dan Tuhanmu berfirman " berdoalah kepada-Ku , nescaya akan Aku perkenankan bagimu "

YA ALLAH , AKU SELALU BERDOA KEPADAMU . SIANG DAN MALAM , TAPI KEADAAN TETAP SAMA , MASIH TAK BERUBAH !

kemudiaan Allah berfirman " janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah "

TAPI YA ALLAH AKU TERASA MAKIN HARI AKU MAKIN JAUH DARIPADA MU YA ALLAH . TERLALU JAUH

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku , maka sesungguhnya Aku dekat , Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa , apabila dia berdoa padaKu , hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku , agar mereka memperoleh kebenaran  "

AKU KUFUR YA ALLAH , AKU TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMATMU , AKU ANGKUH DENGAN HIDUPKU . PADAHAL NIKMAT YG KAU BERI KEPADA KU SUDAH CUKUP BANYAK ! AKU TAK MAMPU MEMBAYARNYA YA ALLAH . AKU SUDAH MENGALAH !

" dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu "

TETAPI YA ALLAH , MAHUKAH ENGKAU MENGAMPUN DOSA HAMBAMU YANG HINA INI ? AKU SELALU MENGULANGI DOSAKU YANG SAMA , AKU SELALU TERGELINCIR DARIPADA JALANMU YA ALLAH . AKU TAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANMU YA ALLAH . MAHUKAH ENGKAU MENERIMA TAUBATKU KEMBALI YA ALLAH ?

" sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (pantas) bagi mereka yang melakukan kejahilan , kerana tidak mengerti , kemudiaan segera bertaubat , taubat mereka itulah yang diterima Allah , Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana "
wahai saudara ku hehe , kenapa mesti mempertikaikan ketetapan Allah ? yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ingatlah janji Allah itu pasti . Allah bagi ujian cubaan kat kita sebab Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk tempuhi ujian Dia.
bersyukurlah bila kita diuji sebab itu tandanya Allah sayang kita . 


Allah rindu suara kita untuk berdoa kepadanya :') 
muhajadah itu pahit kerna syurga itu manis :')
  


Ahad, 22 September 2013

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Khamis, 4 Julai 2013

SALAM RAMADHAN


Ramadan Beri Ruang Umat Islam Perbaiki Kualiti Amalan

Sedar mahupun tidak, Ramadan kini bakal menjelma lagi. Kehadiran Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman kerana mereka sedar bahawa ia adalah rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-ham ba-Nya. Mereka memahami bahawa Ramadan bukan hadir dengan 'tangan kosong', tetapi dipenuhi ganjaran dan dilimpahi dengan 'buah tangan' daripada Allah SWT. 
Justeru, terpulanglah kepada kita sama ada untuk menerima kehadiran Ramadan kali ini dengan memu liakannya atau membiarkan ia berlalu begitu saja. 
firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”

Qada puasa sebelum Ramadan

Pada kesempatan ini, ingin mengingatkan kepada mereka yang belum mengqadakan hutang puasa, menjelaskan fidyah yang diwajibkan, agar melunaskan nya sebelum Ramadan menjelang.

Tanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan ke rana ia tetap akan menjadi perhitungan kita di dunia mahupun di akhirat. Justeru, janganlah kita cuai daripada melunaskannya mengikut garis panduan yang dikehen daki Allah SWT.

Ramadan adalah bulan tarbiah iaitu bulan yang men didik setiap individu Muslim agar kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibadah puasa misalnya, bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga berperanan mendidik mata daripada melihat per kara yang diharamkan, telinga daripada mendengar um patan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, ke maluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.
Ibadah puasa juga mendidik kita bersifat ihsan dan melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan. Fikirkanlah, apakah balasan daripada Allah yang akan kita terima jika kita berpuasa, namun dalam masa, kita masih lagi terus melakukan kemungkaran?

Tiga tingkatan puasa

Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam karya agungnya, Ihya Ulumuddin telah membahagikan puasa kepada tiga tingkatan. Tingkatan paling rendah ialah puasa orang awam iaitu hanya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkatan pertengahan pula ialah puasa orang khusus iaitu turut berpuasa daripada melakukan segala bentuk maksiat dan dosa, manakala tingkatan tertinggi ialah puasa orang khusus lagi istimewa iaitu berpuasa dengan penuh ikhlas dan menjaga hati daripada dikotori dengan sifat mazmumah.

Pembahagian ini memberikan umat Islam ruang untuk berfikir tingkatan manakah mereka berada, seterusnya memperbaiki kualiti puasa mereka. Justeru, nilailah di manakah tingkatan puasa kita selama ini, mudah-mu dahan dengan kehadiran Ramadan kali ini ibadah puasa kita mencapai matlamat puasa sebenar iaitu takwa seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”

Marilah kita jadikan Ramadan ini masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dan menghitung diri. Cer minlah diri kita! Adakah selama ini anggota tubuh yang Allah kurniakan terutama mulut, tangan, mata dan kaki kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara? Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan kemudaratan.

Renungkanlah, jika selama ini kita tersalah perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan sempena kedatangan bulan yang mulia ini. Bayangkanlah, betapa besar fadilat yang pasti dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin merebut peluang ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari Rahimahullah, da ripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: “Apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syai tan.”

Hadis ini menggambarkan keistimewaan bulan Ramadan dan betapa luasnya kesempatan untuk meraih pahala. Bahkan, Allah SWT juga membuka seluas-luasnya pintu keampunan untuk menerima taubat hamba-ham banya yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.

Ketahuilah! Dari sudut kesihatan, puasa adalah kaedah terbaik bagi memelihara anggota badan daripada pe nyakit. Melalui berpuasa unsur racun di dalam makanan dapat dihapuskankan. Dr Hisyam Ibrahim AI-Khatib da lam karyanya ‘Al-Wafi Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem pengha daman. Ia juga menjadi penawar mujarab kepada pe nyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah.

Lihatlah betapa besarnya hikmah Allah SWT mewa jibkan hamba-Nya berpuasa. Selain meningkatkan ke imanan dan ketakwaan, ia juga bermanfaat kepada tubuh badan.



Selasa, 2 Julai 2013

Muara Hati – Hafiz & Siti Nurhaliza (OST Adam dan Hawa)


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku pertunjuk padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Kata-Kata Semangat

Salam...

Jika hari ini orang mengata kita
Itu tandanya kita sudah selangkah dihadapan mereka
Jika esok mereka membenci kita
Itu tandanya kita sudah tiga langkah di hadapan mereka
Jika lusa mereka memaki hamun dan bermusuh dengan kita
Itu tandanya kita sudah menang dengan bergaya.....


Kata-kata ini saya dapat dari seorang kawan..ada peristiwa hitam yang mungkin tak dapat dilupakan oleh beliau..tapi dia tabah, tak mudah putus asa, saya kagum dengan dia, semakin gah dia bangkit..Semoga Allah memberkatimu sahabatku...ANA